Scha yang bersinar

ARKIB : 21/09/2008

 

 

hi_35_1


MEREKA yang lahir dengan raut wajah menarik dan cantik manis tentunya menjadi impian setiap gadis. Tidak keterlaluan dikatakan pakej yang dimiliki itu menjadi aset penting untuk seseorang bergerak jauh dalam bidang seni.

Gadis yang menghiasi ruangan ini seorang yang beruntung kerana memiliki pakej tersebut apatah lagi niatnya untuk menceburkan diri dalam bidang seni secara serius.

Bergelar pelakon dan model, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau lebih popular dengan nama Scha menganggap dia bertuah kerana dalam tempoh tiga tahun pembabitannya dalam bidang seni, sudah banyak tawaran yang diterimanya.

Bermula sebagai pelakon untuk iklan seperti Oral-B dan Watson, bakat Scha dikembangkan lagi apabila dia mendapat tawaran berlakon drama.

“Sekarang ini drama lakonan Scha iaitu Honeyz (26 episod) sedang ditayangkan di RTM2 pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.

“Scha juga baru habis menjalani penggambaran telefilem Lemas Dalam Cinta untuk siaran di RTM,” ujarnya.

Selain drama itu, dia juga sedang sibuk dengan penggambaran untuk drama 13 episod berjudul Awan Dania yang akan disiarkan di Astro Ria tidak lama lagi. Bukan sahaja drama sebaliknya gadis ini turut diberi tawaran muncul menerusi filem Antoo Fighter terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd yang akan ditayangkan di pawagam pada 13 November depan.

Berkongsi pengalaman berlakon filem itu, kata Acha, dia membawa watak sebagai Lara yang mengisahkan sekumpulan remaja menentang hantu dan jembalang. Filem genre komedi ini arahan Azizi Chunk banyak menggunakan teknik penjanaan komputer (CGI).

Selain Scha, pelakon-pelakon lain termasuklah Radhi OAG, Awie, Bell Ngasri, Bront Palarae dan Harun Salim Bachik.

“Scha juga dah selesai penggambaran filem Histeria terbitan Tayangan Unggul. Filem seram ini arahan James Lee. Selain itu Scha ada berlakon untuk filem Papadom arahan Afdlin Shauki,” katanya.

Sebelum aktif dalam bidang lakonan, Scha merupakan seorang pramugari. Dia mengakui banyak cabarannya menceburi kerjaya yang glamor ini. Namun bagi Scha apa yang dilalui itu adalah sesuatu pengalaman baru buatnya.

Walau bagaimanapun dia tidak menafikan ada keseronokan menceburi dunia baru ini apabila hasil lakonannya itu mendapat perhatian ramai.

“Syoknya apabila ada orang yang minat pada kita. Sebelum ini Scha rasa macam biasa saja. Tapi apabila ada orang yang menegur, kita rasa dihargai,” ujarnya.

Kata beliau, peminat mula mengenalinya sejak dia berlakon drama bersiri Bella siaran TV3 dengan memegang watak Sofia. Dia sendiri pun tidak menyangka, watak Sofia itu dikenali sampai ke luar set.

Mengintai kisah percintaannya pula, cerita Scha, dia pernah putus cinta sebelum ini dan sudah menemui orang baru sejak setahun lalu.

Menyukai jejaka itu kerana dia seorang yang bijak, fizikal tinggi, kelakar serta mempunyai asas agama yang baik antara ciri-ciri yang diidamkan selama ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: