Dah BERPINDAH

Posted in Berita Terkini on April 6, 2009 by admin

kepada pelawat laman ini, website ini sudah berpindah ke url baru: layari : http://schazone.blogspot.com

Jangan main-main dengan SCHA

Posted in Berita Terkini on Mac 26, 2009 by admin

ARKIB : 01/03/2009

hi_0112


DUA tahun lalu ketika meninggalkan kerjaya sebagai Pramugari dengan AirAsia Berhad, tidak siapa pun mengenali siapa Scha. Tetapi hari ini nama beliau semakin menjadi sebutan tatkala kisah percintaannya dengan aktor Fahrin Ahmad, 30, menjadi topik perbualan.

Ditambah pula ia terjalin ketika aktor itu menghadapi krisis cinta dengan penyampai radio Linda Onn. Semasa mengadakan sesi fotografi dengan Scha minggu lalu, gadis ini banyak bercerita tentang perancangan hidupnya dalam dunia seni.

Malah dia juga bersyukur, dalam tempoh penglibatannya itu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir sudah mendapat peluang berlakon empat buah filem.

Terbaru dia turut diberi peranan sebagai pelakon pembantu dalam Evolusi KL Drift 2 yang sedang dalam penggambaran.

Lebih dari itu, Scha juga mendapat peluang untuk menjadi pengacara rancangan Sehati Sejiwa terbitan RTM.

Sebagai bakat baru, saya melihat peluang yang diperolehi gadis ini terbuka luas. Bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dia berjaya merebut pelbagai peluang itu dengan pantas sekali.

Sebenarnya tak semua orang berpeluang mendapat ruang seperti itu jika baru dua tahun terlibat dalam dunia seni.

Ketika saya sedang menaip cerita ini, Scha menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta tajuk muka depan ini tidak mengaitkannya dengan Fahrin.

Bukan enggan berkongsi kisahnya itu tetapi akui gadis ini dia mendapat respons daripada orang ramai yang mula muak membaca kisah-kisah hubungan mereka itu.

“Kalau boleh jangan buat tajuk mengenai saya dan Fahrin. Orang dah bosan dah bang,” pintanya.

Betul juga. Kalau benda yang serupa disajikan kepada pembaca, tentu saja ada yang akan “muntah”.

Tetapi mahu atau tidak pada hari ini apabila kisah mereka itu sering menjadi bualan, tentulah ramai yang nak tahu apa yang berlaku seterusnya.

Saya menyelami perasaan Scha, gadis berusia 26 tahun ini mengenai kisah cintanya. Dan daripada apa yang diceritakannya, saya dapat membuat kesimpulan bahawa perasaannya terhadap Fahrin masih sukar untuk diramalkan.

Bukan berkata mereka tidak ada perasaan tetapi hubungan itu masih lagi baru.

Apabila saya bertanya sejauhmanakah kasihnya dia terhadap aktor tersebut, Scha meminta peminat tidak terlalu berharap? Kenapa? Baca pengakuan Scha seterusnya.

Perhubungan ikhlas

Apabila ada “angin” mengaitkan percintaan Scha dan Fahrin, timbul pula cakap-cakap orang kononnya Scha mahu menjadikan Fahrin sebagai tempat untuk meraih populariti. Ia sama macam apa yang orang cakap mengenai hubungan pelakon Abby Abadi dengan pelakon baru Zulkifli Ariffin.

Zul dikatakan berjaya mengambil kesempatan terhadap krisis rumah tangga pelakon wanita itu untuk menaikkan kerjayanya. Itu cakap orang!

Dan begitu juga dengan Scha yang dikatakan memasang strategi yang sama apabila dia cuba “masuk jarum” untuk menarik perhatian Fahrin menghadapi kehancuran cintanya dengan penyampai radio Linda Onn.

Mendengar persoalan itu dia terus tersenyum dan menafikan tanggapan tersebut.

Malah dalam hubungan persahabatan dengan Fahrin itu tak ada apa-apa tujuan lain sebaliknya ia merupakan sebuah hubungan yang ikhlas.

“Tak pasang strategi apa-apalah. Kalau ada strategi nanti jadi apa-apa perkara yang tak diduga lagi bahaya,” katanya.

Cuma kata Scha, jangan terlalu menaruh harapan tinggi dia akan berkahwin dengan Fahrin kerana pada masa ini hubungan mereka itu masih terlalu awal untuk dinilai.

Dan yang lebih mustahaknya ujar Shca, dia tak mahu peminat mereka tertunggu-tunggu jodoh itu kerana jika ia tidak menjadi kenyataan, semua pihak akan hampa.

Bukan bermaksud hubungannya dengan pelakon itu sudah hancur berkecai tetapi kadang-kala Shca merasakan harapan peminat di luar sana melebihi perasaan hatinya sendiri.

Gadis ini mengakui dia sendiri takut dengan harapan menggunung yang seolah-olah mahu melihat hubungan mereka itu berkahir di jenjang pelamin.

“Kami senang berkawan tetapi buat masa ini bibit-bibit cinta itu masih terlalu awal untuk diperkatakan.

“Scha bimbang kalau putus ke, tak jadi ke, siapa yang susah?” katanya yang tidak menafikan begitu menyenangi Fahrin buat masa ini.

Cuma yang boleh dijelaskan oleh Scha dia masih dalam tempoh untuk mengenali hati lelaki itu kerana hubungan mereka masih terlalu awal iaitu baru lima bulan berkenalan.

MUDAH MEMBENCI LELAKI

Menitikberatkan kejujuran dan kasih sayang, itulah falsafah utama gadis yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.

Menurut Scha suatu ketika dulu semasa bekerja sebagai pramugari dia pernah berkawan dengan seseorang tetapi hubungan mereka itu putus kerana tiada keserasian.

Berpengalaman menjalinkan cinta itu, Shca mengakui dia kadang-kala naik bosan dan pening kepala dengan lelaki.

Bukannya apa cuma Scha amat membenci jika seseorang lelaki itu suka mengongkong hidup serta sering ada perasaan curiga.

Selain itu dia juga membenci lelaki yang tinggi egonya selain suka mengikis.

“Scha cuba mengelak kalau berhadapan dengan lelaki yang macam itu. Maaflah,” ujarnya.

Berbeza seperti wanita lain, percaya atau tidak Scha merupakan seorang yang panas baran.

Tanpa mahu berselidung, Scha mengaku dia pernah “naik tangan” apabila merasakan dirinya dipermain atau dipersendakan.

Malahan jika ada sesiapa yang mahu mendekatinya, janganlah sesekali cuba untuk mengambil kesempatan kerana tidak mustahil dia akan bertindak diluar jangkaan.

Daripada apa yang dijelaskan itu, ternyata Scha bukan gadis yang sembarangan. Jangan main-main.

Nampak sahaja kecil tetapi dia mempunyai semangat dan pendirian yang kuat.

“Scha pernah mengamuk apabila ada orang yang cakap bukan-bukan dibelakang. Ini sifat Scha yang tak boleh nak buang iaitu cepat panas baran.

“Jangan main-main ya! Scha jenis orang yang tegas dalam satu-satu perkara,” katanya.

INGAT TIGA PERKARA

Bersyukur memiliki seorang ibu yang memahami, kata Scha keluarganya kadang-kala kurang selesa apabila terlalu banyak kisah peribadi dibongkarkan.

Tetapi Scha faham, apabila menjadi artis, tidak ada perkara yang boleh dianggap rahsia. Ia adalah lumrah yang harus dibayar apabila bergelar artis.

Yang paling utama kata Scha dia tak akan lupa pesan ibunya, Junainah Hashim, 48, mengenai tiga perkara.

Pertama jangan sesekali kahwin lari, mengganggu rumah tangga orang dan berkahwin lelaki tua.

Tiga perkara itu menjadi pegangan Scha agar perjalanan seninya lebih diberkati sekiranya menuruti nasihat seorang ibu itu.

“HIDUNG KEMBANG? BIARLAH!”

Semasa berborak mengenai trend artis-artis sekarang yang gemar melakukan pembedahan wajah untuk kelihatan lebih cantik, Scha berkata dia sebenarnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya selama ini.

Sebaliknya kalau ada tawaran untuk membuat pembedahan wajah ataupun melakukan suntikan kecantikan, Scha tidak akan sesekali akan terpengaruh.

Malah ada juga orang yang mempersendakan beliau dengan berkata hidungnya kembang.

Kerana itu dia diajak untuk melakukan pembedahan bagi membuang “kecacatan” itu.

Tidak malu mengakui kekurangan itu, gadis ini sedikit pun tidak terasa hati dengan kritikan sebegitu yang dilemparkan.

“Biarlah orang nak kata hidung saya ni kembang pun. Saya tak kisah. Kalau nak bedah memang bukan kerja saja,” terangnya.

Walaupun begitu Scha amat bersyukur rezekinya agak murah walaupun ada pihak yang melemparkan kata-kata tersebut.

Beri peluang pada Scha

Posted in Berita Terkini on Mac 26, 2009 by admin

ARKIB : 25/03/2009

hi_011

SCHA


PAPA memang cukup bangga apabila melihat kebangkitan pelakon-pelakon muda masa kini yang pandai mengambil peluang untuk mengembangkan bakat mereka.

Baguslah juga setidak-tidaknya, ia mampu mempelbagaikan lagi bakat yang ada dalam diri masing-masing. Mana yang kerjaya asalnya penyanyi, sekarang ini sudah menjadi pelakon mahupun pengacara.

Yang mana bermula dengan berlakon pula sudah beralih menjadi penyanyi. Dan antara artis muda yang meningkat naik sekarang dan menjadi perhatian ialah Scha. Bukan kerana gosip cintanya dengan Fahrin Ahmad tetapi dia semakin popular kerana bakat.

Selain berlakon, Scha juga kini menjadi seorang pengacara untuk program Sehati Sejiwa yang bersiaran di TV1 pada setiap hari Rabu.

Apa yang Papa nak ulas di sini ialah respons daripada salah seorang peminat rancangan itu yang sangat gemar dengan pendekatan program bual bicara terbitan RTM yang disifatkannya cukup berbeza.

Namun, kata peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Payung, momentumnya menurun untuk menonton rancangan itu disebabkan Scha yang disifatkannya tidak begitu sesuai mengacarakan program sebegitu.

“Mana tidaknya. program itu berkenaan artis yang sudah berkahwin. Dia orang ambil pengacara yang masih lagi bujang dan pastinya kurang arif mengenai alam perkahwinan.

“Saya tengok Scha tanya soalan pun yang boleh membantutkan artis jemputan untuk menjawabnya,” kata Siti panjang lebar.

Papa pun pernah menonton salah satu episod rancangan itu dan memang benar, Scha agak kekok mengendalikan rancangan itu.

Sebenarnya, untuk menyalahkan Scha juga tidak adil kerana itu adalah peluang pertamanya sebagai pengacara.

Pada Papa, Scha harus diberi peluang dan sedikit masa untuk memperbaiki kelemahannya.

Papa juga percaya RTM ada sebab kenapa memberi peluang kepada artis baru seperti Scha. Mungkin RTM mahu menjadi stesen yang sentiasa membuka peluang kepada anak seni melebarkan kerjaya seni mereka.

Kepada Scha, jadikan kritikan ini sebagai cabaran untuk menempuh kerjaya seninya. Jangan muda melatah okey!

Scha bangga kerana Bella

Posted in Berita Terkini on Januari 28, 2009 by admin

9 Apr 2008

Ramlah Zainal

PERJALANAN karier seninya baru bermula. Namun Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, 24, atau mahu dikenali sebagai Scha Al-Yahya kini menjadi buruan pengarah dan produser drama serta filem.

Tawaran berlakon terus mencurah buat pemenang Dewi Remaja 2005/06 ini.Gelaran yang diraihnya itu juga turut menjadi batu loncatan buat bekas pramugari AirAsia ini mencari tapak dalam bidang lakonan.

Scha yang juga anak saudara penyanyi dan penerbit program televisyen, Datin Sharifah Sheril Aida Syed Kechik sudah pun menyiapkan dirinya dari aspek mental dan fizikal sejak awal lagi.

 Tidak cukup dengan itu, semangat dan kata-kata perangsang daripada keluarga menjadi kekuatan untuk gadis berdarah kacukan Melayu-Arab-Cina ini terus meneroka cabang seni yang semakin diminatinya.

Katanya, pada peringkat awal dia sendiri memang tidak tahu ada bakat berlakon atau tidak. Namun berkat dorongan ibu yang mahu dia mencuba berlakon, Scha memberanikan dirinya.

 Bukan mudah untuk saya bersetuju mencuba sebaliknya keputusan itu dibuat selepas berfikir masak-masak. Tawaran pertama saya terima untuk berlakon drama Honeyz dari produser Mariana Hashim dua tahun lalu.

Saya juga terima tawaran Mariana kerana menganggap ia rezeki yang datang ketika itu, katanya.

Ternyata langkah pertamanya itu tidak membuahkan hasil membanggakan apabila lakonan sulungnya itu tidak dapat disaksikan hingga kini.

Walaupun begitu, ternyata ia bukan penamat peluang untuknya. Scha dilamar pula Aziz Chunk Adnan untuk beraksi dalam filem aksi komedi, Antoo Fighter terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB).

Kali ini Scha diberi kepercayaan melakonkan watak utama sebagai anggota kumpulan pemburu jembalang, Antoo Fighter bergandingan dengan Poji (Radhi OAG), Tasha (Alin), Rambo (Bronze) dan Opie (Bell). Tidak ketinggalan, pelakon terkenal seperti Awie dan Harun Salim Bachik.

Dalam filem aksi komedi ini, Scha memegang watak Lara Lenjan, gadis punk yang agresif dan bekerja sebagai pemandu teksi. Tapi filem ini juga belum dapat disaksikan penonton untuk melihat kemampuannya berlakon.

Scha mengakui seronok sepanjang 45 hari di lokasi penggambaran Antoo Fighter dan tidak sabar menanti reaksi penonton apabila ia ditayangkan di pawagam Disember nanti.

Walaupun begitu, tawaran untuknya terus ada. Selepas Antoo Fighter, Scha berlakon pula filem Histeria arahan James Lee. Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu bakal ditayangkan Ogos nanti.

Kali ini gadis tinggi lampai kelahiran Sungai Petani, Kedah ini membawa watak pelajar sekolah bernama Alisa. Ia turut dibintangi Liyana Jasmay, Vanidah Imran dan Ady Putra.

Scha juga berpeluang bekerja dengan pelakon dan pengarah Afdlin Shauki dalam filem Papadom juga terbitan Tayangan Unggul dan menjalani penggambaran tahun lalu. Ia dijangka ditayangkan Oktober nanti. Selain Afdlin, ia turut dibintangi Norkhiriah, Farid Kamil dan Liyana Jasmay.

Semua filem yang dibintangi itu belum dapat disaksikan penonton. Bagaimanapun lakonannya dapat disaksikan di televisyen setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang menerusi slot Akasia di TV3. Drama 60 episod arahan Adam Hamid itu kini rancak menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang.

Scha yang ditemui di lokasi Bella di Glory Beach Resort, Port Dickson, baru-baru ini berkata, dia bangga lakonannya kini dapat dilihat menerusi Bella. Sebelum ini ada juga lakonannya disiarkan di televisyen tetapi hanya watak kecil.

Dalam Bella saya bukan memegang watak utama tapi hanya pembantu peribadi kepada Bella bernama Sofia.Tapi saya bangga berpeluang bekerja dengan pelakon berpengalaman seperti Ako Mustafa dan Elly Mazlein.

Saya juga bangga kerana semua watak yang saya lakonkan dalam drama atau filem adalah berlainan dan memberi cabaran tersendiri, katanya.

 Scha mengakui dirinya masih cetek dalam bidang lakonan dan masih banyak yang perlu dibaiki. Apapun, katanya, dia beruntung kerana dengan nama yang belum kukuh, ramai pengarah dan produser tetap memberi kepercayaan kepadanya beraksi dalam filem serta drama mereka.

Watak yang ditawarkan pula bukan calang-calang sebaliknya watak utama. Pada masa sama, Scha mengakui tidak terkilan apabila ada orang membandingkannya dengan pemenang Dewi Remaja 2002/03, Annahita Bakavoli yang sudahpun mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara.

Saya juga tidak kecewa atau putus asa bila orang kata nama saya tidak menyerlah seperti Annahita. Tapi selepas menang Dewi Remaja, saya sibuk di lokasi penggambaran drama dan filem.

Mungkin belum masanya untuk saya mengecap populariti daripada lakonan kerana filem yang dijayakan belum ditayangkan. Orang ramai belum dapat menilai kemampuan sebenar saya dalam bidang lakonan, katanya.

Dalam pada itu, tawaran untuk iklan komersial juga banyak diterima Scha. Tambahan pula Scha bermula dengan iklan dan ia sudah sebati dengan dirinya. Antara yang menampilkan wajahnya ialah iklan Streamyx, Oral B, Watson, Nokia, Ikea dan banyak lagi.

Sedang ingin berkasih

Posted in Berita Terkini on Januari 25, 2009 by admin

 

hi_01_11


 

FAHRIN AHMAD pernah berkata, jika dirinya bertemu cinta baru, akan dipastikan bahawa wanita itu bukan lagi ‘teman tapi mesra’. Janji Fahrin juga, jika sudah mempunyai kekasih hati, berita bahagia itu akan dikongsikan dengan semua.

Itu penjelasan Fahrin ketika diusik para wartawan saat dilihat hadir bersama pendatang baru Scha, dalam satu majlis berbuka puasa Ogos lalu. Ketika itu mereka masih teramat baru menjalin persahabatan dan pada masa yang sama, Fahrin baru sahaja diberitakan ‘putus kasih’ dengan bekas ‘teman tapi mesranya’, Linda Onn.

Berbulan-bulan membiarkan mereka selesa dengan terma persahabatan yang dibina, baru-baru ini Fahrin rela dirinya disaksikan semua apabila duduk di samping Scha di malam gala tayangan filem Histeria yang menampilkan wanita jelita itu antara pemegang watak utama.

Sah, Fahrin dan Scha sedang di alam romantis! Walaupun dari jauh, gerak-geri dua anak muda ini mudah diteka, mereka tak ubah seperti pasangan yang sedang ingin berkasih.

Dikala hidup sentiasa diperhatikan ekoran perang emosi bersama Linda yang tidak berkesudahan, timbul kisah indah, adakah benar si Fahrin sudah bertemu pengubat duka? Begini penjelasan Fahrin tentang bunga-bunga yang dikatakan sedang berputik di jiwanya.

“Saya tidak pernah hipokrit, saya tulus dan tidak berpura-pura. Kalau saya sedang berkawan baik dengan seseorang, orang lain akan tahu. Begitulah juga dengan persahabatan saya dengan Scha. Perkenalan kami terjalin sejak Ramadan lalu.” kata Fahrin.

Bagaimanapun satu sahaja permintaan Fahrin, janganlah buat spekulasi terlalu awal dan memberikan tekanan yang tidak munasabah terhadap hubungan mereka. Sememangnya hubungan mereka sedang berjalan baik.Sejauh mana kayuhan mereka, terlalu awal untuk diterjemahkan.

“Sekali lagi saya tegaskan, ia masih terlalu awal. Berikan kami masa untuk mematangkan dan membangunkan hubungan ini agar lebih teguh lagi,” luah Fahrin optimis saat menjawab persoalan yang diajukan.

Fahrin tidak seratus-peratus mengakui secara mutlak tentang perkongsian cinta yang datang bersulam, pun menafikan juga tidak.

Jadi apakah ertinya kehadiran Scha dalam hari-hari Fahrin ketika ini? Sekali lagi istilah pengubat jiwa berbangkit dalam bicara kami.

“Saya bersyukur dengan kehadiran Scha. Tetapi dalam keadaan ini, dalam hati saya langsung tidak ada istilah pengubat jiwa atau pengganti lara seperti mana yang disebutkan segelintir pihak.

“Bagi saya, perkara lalu (hubungan dengan Linda Onn) sudah ‘mati’ dalam fikiran saya. Fokus saya sekarang adalah untuk masa depan dan mencari yang terbaik untuk masa depan saya.

“Siapapun yang hadir, jika akhirnya dia yang saya pilih sebagai jodoh, maknanya itulah yang terbaik untuk saya,” hela Fahrin, 29, dalam nada sedikit bertegas.

Jika di hati masing-masing sudah terukir nama yang satu, apa lagi yang hendak ditunggu, jangan pula padi bertukar hampa.

Bukankah lebih baik keikhlasan hati disatukan menjadi perkahwinan. Namun kata Fahrin, soal jodoh bukan keputusan disatu pihak, ada pihak lain yang turut terlibat. Jadi, biarlah situasi itu datang tanpa perlu digesa.

Dalam bahasa apa sekalipun, luahan Fahrin ini mudah dimengertikan. Fahrin ternyata seorang yang seboleh-bolehnya cuba untuk mengawal situasi. Nyata dia juga sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu, setidak-tidaknya biarlah kali ini dia yang mengawal situasi, agar tidak melarut dan merosakkan reputasi.

Menyedari temannya itu masih baru dalam dunia yang memungkinkan banyak sensasi ini, Fahrin juga tidak mahu, kelak Scha pula dituduh mendaki popular bersandarkan kisah cinta.

“Saya percaya, tanpa saya, masyarakat sudah dan mudah mengenali siapa Scha. Mungkin perkara ini berlangsung seiring, kisah kami menjadi perhatian dan dalam masa yang sama, dia ada drama dan filem yang boleh mengetengahkan dirinya. Dia tak perlukan saya untuk popular bahkan dia berlakon lebih banyak filem berbanding saya,” ujar Fahrin tergelak mengakhiri penjelasan eksklusifnya kepada Kosmo!

Ibarat orang mengantuk disorong bantal, pengakuan Fahrin ini seperti mengizinkan secara terhormat untuk dia dan Scha digelar merpati sejoli, mereka sama-sama ingin terbang lebih jauh di langit biru mencari dahan yang sama untuk hinggap berteduh.

Scha takut publisiti

Mulanya, dia seperti mana-mana pelakon baru, diberikan watak yang biasa-biasa, sekadar pelakon tambahan menjayakan watak kecil dalam sesebuah drama. Namun ketika ini, ada sesuatu yang menarik perhatian kala berbicara tentang pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir yang lebih mesra disapa Scha ini.

Apatah lagi dengan dua buah filem, Histeria dan Antoo Fighter yang bakal berkunjung ke pawagam tidak lama lagi serta sebuah drama bersiri yang memaparkan konflik anak-anak kapal dalam Awan Dania di Astro Ria, nama Scha kerap bertamu di bibir ramai.

Tetapi apa yang lebih pantas menangkap pancaindera peminat tentang Scha pastinya gosip dan kisah intimnya dan pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad. Bahkan ketika ini, ke mana-mana sahaja langkahnya berada, dia sering diusik dengan panggilan nakal Scha-Fahrin!

Bimbang dan sedikit ragu seandainya keterbukaan mahupun sikap berselindung disalah-ertikan mana-mana pihak, Scha menegaskan, dia selesa bertindak mengikut gerak hati.

“Saya tak nak dicop sebagai artis yang cover line, atau yang nak sorok kisah peribadi. Saya tak macam tu kerana saya nak mulakan karier seni secara bersih.

“Saya juga tak nak orang tuduh, dulu cakap lain sekarang cakap lain. Dulu memang kami baru kenal, tapi lama-kelamaan, hubungan ini jalan terus walaupun kami tak pernah rancang apa-apa. Saya sangat okey dengan Fahrin dan kami memang sedang ada hubungan,” ucap Scha selamba seperti tahu sangat jawapan itu yang ditunggu-tunggu daripadanya.

Mengakui selesa dan mudah serasi berdampingan dengan jejaka bersusuk tegap itu, di hati Scha sebenarnya ada kebimbangan. Dia seboleh-boleh mahu terhindar daripada dikaitkan dengan masalah yang sedang dialami Fahrin dengan Linda, dulu dan kini.

“Saya tak nak terlibat sebab saya tiada ketika konflik mereka bermula. Tapi untuk bercakap tentang saya dan Fahrin saya tak kisah, cuma masih terlalu baru untuk kami bercakap tentang masa depan,” kata bekas pramugari ini berterus-terang.

Dari satu sudut, gadis berusia 25 tahun ini dilihat hadir bersama pakej. Dianugerahkan paras rupa yang tidak kurang manisnya, ada bakat yang boleh terus digilap menjadi antara pesona di bidang seni ditambah pula ada kisah percintaan yang melonjakkan namanya menjadi popular.

Tidak pula malu mengakui anjakan populariti bermula sejak berdekatan dengan Fahrin, kata Scha: “Kalau saya nak mempertahankan bahawa saya dikenali dalam bidang ini semata-mata kerana bakatpun tak boleh juga. Sedikit-sebanyak saya kena akui juga perkara itu.

“Mulanya saya ada rancangan sendiri, nak berlakon drama, kemudian terima tawaran filem, dan kalau ada rezeki nak buat pengacaraan. Dari situ, agenda karier saya akan meningkat peringkat demi peringkat, tapi sekarang dah lain pula jadinya.

“Tiba-tiba semuanya datang serentak, ada drama bersiri, ada filem yang bakal ditayangkan dan ada pula orang baru (yang popular) dalam hidup saya, tapi semuanya, okey. Buat masa ini, tak pula saya tertekan sangat dengan situasi ini. Tekanan sikit-sikit itu biasa dan masih boleh dikawal.”

Dalam fikiran Scha kini, dia enggan ada yang kecewa jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam hubungannya dengan Fahrin. Bimbang jika hubungan yang dilihat indah dari luar itu tidak seperti yang disangkakan.

“Saya tahu dia ramai peminat, ramai yang tidak mahu dia kecewa lagi, begitu juga dengan nama baik keluarga, itu yang membuatkan saya takut,” tutur Scha membelah isi jiwanya.

Antara perkara yang membuatkan dia cukup selesa dengan Fahrin setelah melihat ketaatan lelaki itu kepada keluarga dan tanggungjawabnya sebagai pemuda Melayu Islam.

“Saya lihat Fahrin tidak pernah engkar dengan tuntutan agama. Solatnya terjaga dan dia sangat taat kepada ibubapa. Memang itu impian semua wanita, untuk mencari lelaki yang terbaik. Tetapi sejauh mana hubungan kami boleh pergi, saya serahkan kepada takdir Illahi,” kata Scha dengan bahasa bahagia lewat intonasi kata

Bukan cinta gelojoh

Posted in Berita Terkini on Januari 25, 2009 by admin

 

hi_02_1


 

PROGRAM Sehati Sejiwa yang diadakan secara langsung Rabu lalu menerusi TV1 menampilkan pasangan pengantin baru Mawi dan Ekin, namun aksi pengacaranya, Scha turut menjadi perhatian.

Scha sebelum ini menafikan kepada media bahawa Fahrin Ahmad merupakan kekasih hatinya, namun kehadiran lelaki itu dalam program tersebut mula menimbulkan syak wasangka.

Fahrin dilihat memberi bantuan dan penerangan kepada Scha di belakang tabir tatkala program selama sejam itu berhenti menyiarkan iklan selang beberapa minit.

Bahkan, pasangan itu tanpa segan silu memperlihatkan riak kemesraan di hadapan wartawan dan tenaga produksi rancangan itu walaupun menyedari ada mulut yang tidak henti bercakap tentang mereka.

Scha bagaimanapun menjelaskan kepada Kosmo! relevannya ‘kunjungan’ lelaki tampan itu ke set Sejati Sejiwa iaitu bagi membantu dirinya yang bertindak selaku pengacara untuk kali pertama.

“Fahrin datang ke penggambaran Sehati Sejiwa itu bukannya sengaja atau suka-suka, sebaliknya dia membantu saya yang kelam-kabut apabila ditugaskan menjadi hos.

“Memang saya suruh Fahrin datang, malah awal-awal lagi saya sedar pasti ramai yang bakal bercakap tentang kemunculan Fahrin dalam set program berkenaan.

hi_02_2


 

“Saya tidak ambil peduli dengan kata-kata belakang orang lain. Asalkan saya tahu niat baik mengajak Fahrin itu hanya untuk membantu, saya tidak perlu risau dengan gosip yang akan diperkata,” akui Scha tanpa berselindung.

Scha yang menelefon Fahrin memintanya datang sehari sebelum program itu disiarkan menjelaskan, selain Fahrin, dia juga pernah meminta pertolongan rakan lain sewaktu menjadi pengacara sebuah program di stesen TV swasta.

“Sekiranya ada kawan yang lapang, saya akan menghubungi sambil mengajak teman itu untuk menemani saya yang agak gemuruh ketika bersiaran.

“Kalau hendak bercakap soal Fahrin, saya rasa tiada salahnya saya mengajak dia ke set Sehati Sejiwa. Lagipun kami macam adik dan abang yang saling menyokong antara satu sama lain.

“Sekali lagi saya ingatkan, Fahrin sekadar datang untuk menolong saya saja. Tiada maksud lain yang tersembunyi.

“Saya masih waras lagi dalam soal ini. Tidak mungkinlah saya sengaja mengajak Fahrin datang, sedangkan saya mengerti pihak media turut hadir bagi membuat liputan dalam Sehati Sejiwa,” ungkap Scha atau nama lengkapnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir.

Sengaja mengusik, apakah nasihat yang Fahrin berikan buat empunya diri, pantas Scha berkata: “Dia tidak beri banyak nasihat dalam soal ini.

“Sebaliknya Fahrin sekadar menjadi pemerhati untuk saya semasa bersiaran. Kalau saya ada buat sebarang kesalahan, barulah dia akan menegur agar saya memperbaiki diri.

hi_02_3

FAHRIN pun nampak gementar dengan penampilan Scha sebagai pengacara.



 

“Cuma Fahrin sempat cakap kepada saya agar tidak terlalu gementar, malah dia menyuruh saya jadi diri sendiri semasa mengendalikan rancangan itu yang memakan masa selama 60 minit,” beritahu Scha yang menjadi perantara Sehati Sejiwa sebanyak 13 episod untuk siaran TV1.

Paling menarik, setelah Sehati Sejiwa hampir melabuhkan tirainya, Fahrin tidak ketinggalan sempat memegang ubun kepala Scha sebagai tanda berpuas hati dengan kejayaan awal wanita itu mengemudikan program tersebut.

Begitulah lagak kemesraan yang dipamerkan dua individu yang dikatakan sedang ingin bercinta dan menyulam hubungan nan indah itu.

Teruja jadi pengacara

Baru sahaja ingin mempersembahkan bakat dan wajahnya dalam bidang lakonan, kini Scha mula beralih cinta dengan terjun ke dalam dunia pengacaraan.

Barangkali, ada suara-suara nakal yang beranggapan bahawa lakonan belum pun menguji sepenuhnya kredibiliti Scha, tahu-tahu dia kini menceburkan diri sebagai pengemudi program.

“Saya sedar ramai yang akan bercakap perkara sama. Lantas saya ambil keputusan untuk tidak terikat dengan mana-mana produksi lakonan bagi menumpukan sepenuh perhatian dalam pengacaraan buat masa ini.

“Lagipun tiada salahnya kalau saya sekadar hendak mencuba sambil mengembangkan bakat yang ada. Dalam waktu rehat daripada berlakon ini, saya akan lakukan sehabis baik untuk bergelar seorang pengacara.

“Saya dapati banyak perbezaan ketara tentang lakonan dan pengacaraan. Berlakon boleh dilakukan berulang kali, namun mengendalikan program terutama siaran langsung bukannya perkara yang boleh dipandang mudah.

“Kalau ada buat salah, saya kena bijak mengawal keadaan agar tidak dilihat terlampau jelas di pandangan audiens.

“Selepas ini kalau dapat tawaran mengacara, saya akan pilih mana-mana yang bersesuaian dengan diri. Saya enggan buat sesuatu yang berada di luar kemampuan.

“Sebaliknya saya lebih senang menerima tawaran mengacara program yang mudah terlebih dahulu. Biarlah saya mengukur baju di badan sendiri,” akui Scha yang sarat sifat merendah diri.

Sedang ingin bercinta

Minggu ini Scha membuat penafian bahawa Fahrin bukanlah kekasih hatinya seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini oleh pihak media.

Ada yang terkejut, malah ada pula masyarakat yang sekadar memberikan reaksi bersahaja tentang ceritera cinta dua pelakon ini.

Scha yang telus menjawab setiap pertanyaan menjelaskan, dia dan Fahrin sememangnya bukan sebagai pasangan yang sedang hanyut dibuai api asmara.

“Dia (Fahrin) bukan kekasih saya,” ulang Scha sekali lagi dalam lontaran suara serius.

Sambung wanita berusia 25 tahun itu lagi, dia sedar peminat akan membuat pelbagai andaian, malah mengatakan dia dan Fahrin bersikap hipokrit selama ini.

Namun, itulah kebenaran yang tidak mampu untuk disangkal lagi kerana bagi Scha, Fahrin berada dalam hierarki sendiri dalam hidupnya selagi bergelar manusia biasa.

hi_02_4

AKSI spontan pasangan Scha dan Fahrin di set penggambaran yang sempat dirakamkan.



 

“Kami masih mengenal diri masing-masing. Secara terus terang, kami memang belum bercinta, namun saya akui kami sedang ke arah itu.

“Itu yang betul-betul terjadi. Kami ingin mendalami satu sama lain dulu sebelum bercinta. Memasuki usia tiga bulan kami mula berkenalan dan meneruskan ikatan persahabatan ini.

“Biasalah, kalau ingin mengeratkan satu-satu hubungan akan mengambil masa selama enam bulan. Kami enggan bersikap gelojoh dalam soal ini.

“Kalau ada jodoh, kami tidak akan sesekali menipu peminat dan memberitahu perkara sebenar. Kalau kami betul-betul bercinta manakala Fahrin cuba untuk menyorokkan perihal sebenar, saya sendiri yang akan beritahu,” janji Scha buat sekalian pemuja dirinya.

Sebelum menutupkan kata terakhir, Scha sempat memohon kepada masyarakat agar tidak mengaitkan bermacam kisah tentang dirinya dan Fahrin.

“Saya malu dengan kawan artis lain yang sering menghantar SMS kepada saya bertanya lebih lanjut perkara itu. Malah mereka turut merungut kerana cerita peribadi saya lebih banyak dibentangkan berbanding soal karier.

“Meskipun saya faham isu ini diibaratkan asam garam bergelar insan seni, tetapi saya harap selepas ini biarlah kisah kerjaya saya pula yang diuar-uarkan,” mohon Scha lembut.

Babak Lesbian Scha – Yana Mengejutkan!

Posted in Berita Terkini on Januari 25, 2009 by admin


Teks oleh Razif Rosdi

Ketika preview filem thriller seram terbaru daripada Tayangan Unggul Sdn Bhd, Histeria, baru-baru ini, ramai penonton terjerit-jerit. Bukan sahaja terjerit melihat babak-babak pembunuhan hantu jembalang yang menakutkan tetapi juga adegan ‘lesbian’ membabitkan 2 pelakon cantik.

Mereka adalah Scha (buah hati Fahrin Ahmad dan pelakon siri Awan Dania) serta Liyana (Yana – pengarah filem Selamat Pagi Cinta).

Dalam babak itu, mereka berdua yang berpakaian seragam sedang berada dalam satu bilik yang kosong apabila pelajar sekolah itu pulang bercuti. Awalnya, Yana bertanya sama ada Scha sudah ada teman lelaki atau tidak dan seterusnya mula menggoda Scha.

Akhirnya Yana dengan gerak yang perlahan, cuba mengucup bibir Scha dan … apakah tindakan Scha?

Jawapan itu ada dalam filem Histeria yang akan mula ditayangkan kepada umum mulai 18 Disember 2008 ini.

Ketika ditanya kepada Scha, bekas pramugari AirAsia tentang babak kontroversi itu, dia berkata: “Mula-mula saya ingat James hanya main-main saja, yakni tidak serius. Apabila dia cakap dia memang hendakkan adegan itu, terus berderau darah saya! Saya rasa sungguh pelik dan tidak sanggup mahu buat.

“Tapi saya difahamkan, ia tidak akan nampak keterlaluan kerana kami masih berpakaian lengkap. Saya juga faham, James mewujudkan babak ini bagi menambahkan konflik dalaman dalam karektor lakonan Yana terutamanya sebagai gadis songsang. 

“Malah selepas melakonkan babak itu, saya terus menghubungi ibu bapa untuk menjelaskan tentang perkara itu supaya mereka tidak salah anggap dan saya gembira mereka faham. Saya bukannya lesbian dan saya tidak ada kawan-kawan rapat dari jenis lesbian,” kata Scha.

Bagi Yana pula, dia hanya tahu tentang tambahan babak itu ketika tiba di lokasi penggambaran Histeria.

“Niat saya hanyalah untuk menguatkan karekter semata-mata. Kalau boleh, saya tidak mahu berlakon lagi watak sebegitu. Tapi untuk menjadi seorang pelakon yang baik, saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan saya suka watak Zeta. Bagi saya gadis lesbian adalah golongan yang masih misteri.

“Yang penting, saya bukan lesbian, Saya wanita straight (normal)!” ujar Yana.

James sendiri sebagai pengarah berkata, dia menyelitkan babak itu kerana perkara adalah fenomena yang seringkali terjadi di sekolah terutama sekolah yang hanya mempunyai pelajar perempuan.

“Zeta hanyalah satu karekter dan lakonan. Saya hanya mahu mewarnakan lagi watak-watak dalam Histeria kerana semuanya pelakon perempuan. Bagi saya tujuannya bukanlah hendak menggalakkan kegiatan lesbian di kalangan pelajar kerana sama ada diselitkan atau tidak babak itu, fenomena itu (lesbianism) tetap berlaku,” katanya kepada media.

Histeria mengisahkan tentang rasukan dan pembunuhan yang terjadi di sebuah sekolah membabitkan sekumpulan pelajar perempuan.

Ketujuh-tujuh pelajar nakal itu terpaksa tinggal di asrama sekolah mereka selepas membuat satu satu penipuan. Namun ketika di situ mereka telah diganggu jembalang saka yang muncul selepas mereka membaca mantera di satu busut di perkarangan sekolah itu.

Turut berlakon filem itu adalah Liyana Jasmay, Adiputra, Kazar, Vanidah Imran, M Rajoli dan Adlin Aman Ramlie selain sekumpulan bintang baru sebagai kumpulan pelajar terbabit.