Scha Al-Yahya Ada Tarikan Komersial

Posted in Berita Terkini on Januari 25, 2009 by admin

Teks & Foto oleh Thani Hasbullah“Panggil saya Sha. Ejaannya S,C,H,A dan sebutannya Sha,” kata Juara Dewi Remaja 2006, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya selepas penulis tersilap memanggil namanya.

 

Jika melihat wajah dan perwatakannya, ramai beranggapan Scha berusia belasan tahun. Perangai kebudak-budakannya itu membuatkan penulis sendiri tertipu. Dia yang dilahirkan di Sungai Petani, Kedah kini menjangkau usia 25 tahun pada 30 Mei 2008 lalu.

Walaupun namanya masih asing di kalangan peminat tetapi Scha kini berdikit-dikit menimba pengalaman dan berusaha meletakkan namanya sebaris dengan pelakon ternama. Selepas tayangan drama bersiri lakonannya sebagai Sofia, Bella, ia benar-benar membawa Scha berjinak-jinak dalam industri hiburan di Malaysia.

Rupanya yang cantik dan peramah memudahkan bekas pramugari ini dipancing oleh pengarah drama, filem dan iklan komersial. Tidak sampai setahun jagung, Secha kemudian diterima berlakon dalam filem Antoofighter, Histeria serta Papadom yang akan ditayangkan tidak lama nanti.

Tidak mustahil juga bekas pelajar kolej PTPL yang comel ini diterima berlakon kerana dia pernah mempunyai pengalaman menjadi model jenama terkemuka seperti Hotlink, Nokia, Olay serta Ikea.

Biodata

Nama:  Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya
Nama Komersial:  Scha Al-Yahya
Usia:  25 tahun
Tarikh Lahir: 30 Mei 1983
Tempat Lahir:  Sungai Petani, Kedah
Tinggi:  5 kaki 7 inci
Berat:  50 kg
Iklan:  Hotlink, Nokia, Olay
Filem: Antoofighter, Histeria, Papadom
Drama:  Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella
Muzik kegemaran:  Yang rancak
Minuman kegemaran: Jus Tembikai
Warna pilihan:  Putih
Artis kegemaran:  Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Johnny Depp, Julia Roberts
Tempat kegemaran:  Club Med, Cherating
Idola:  Tun Dr Mahathir
Tabiat buruk: Terlalu banyak berfikir
Gelaran:  Juara Dewi Remaja 2006

Scha diejek miliki ‘suara jantan’

Posted in Berita Terkini on Januari 24, 2009 by admin

mainpix

SELAMBA! Itulah istilah paling tepat untuk menggambarkan karektor sebenar empunya diri Sharifah Norazean atau lebih senang disapa de ngan nama glamornya, Scha.

Penampilan ‘tak control cun’ memperlihatkan dirinya yang sebenar dan tidak keterlaluan mengatakan dia memang jujur apabila berlakon. Keunikan dimiliki anak saudara kepada Sharifah Sheril Aida dan Syed Sobri ini tentu pada suaranya yang ‘besar’ dan kasar, jauh berbeza dengan wajah comelnya.

Disebabkan karakter Scha kelihatan seperti ‘boyish’, tuah menyebelahi dirinya. Justeru, penampilan pertamanya di layar perakmenerusi Antoo Fighter: Amukan Drakulat mendapat perhatian pengarah filemitu, Azizi Chunk Adnan.

Meskipun dia memiliki suara garau seperti lelaki tetapi pelakon cantik ini tidak mahu dirinya dianggap sebagai pengkid, malah sifatnya bukan seperti lelaki sama ada dari segi fizikal mahupun naluri.

“Sebelummengambil saya berlakon, Azizi kata bukan kerana wajah saya terpilih, sebaliknya karakter ‘boyish’ dan suara yang ‘besar’ ini! Watak saya seorang yang gila-gila. Orang nampak saya ‘boyish’ kerana suara yang ‘besar’, tapi hakikat sebenarnya saya dikurniakan sifat kewanitaan, feminin sepenuhnya dan ‘straight’!

“Bagaimanapun, saya bersyukur dengan kelebihan (suara ‘besar’) yang dikurniakan ini apabila Antoo Fighter: Amukan Drakulat berjayamemperkenalkan saya kepada dunia lakonan,” kata Scha yang menanti kemunculan filem pertamanya itu 27 November ini.

Menyusul selepas itu ialah filem Histeria. Filem yang turut menampilkan Scha sebagai watak utama itu bakal menjengah pawagammulai 18 Disember ini. Filem arahan Afdlin Shauki, Papadom pula bakalmenemui peminat di layar perak sedikit masa lagi.

Scha juga dijadual membintangi filem terbarunya, Ransan.

Bertitik tolak daripada Antoo Fighter: Amukan Drakulat, pengarah sama turutmenawarkan Scha watak utama menerusi drama bersiri 13 episod, Awan Dania yang kini disiarkan setiap Isnin, jam 9.05malamdi Astro Ria. Awan Dania turutmembariskan pelakon popular lain seperti Nasha Aziz, Irma Hasmie, Hans Isaac dan Remy Ishak, selain mendapat kerjasama sepenuhnya dari AirAsia.

Pemilihan Scha memang bertepatan kerana sebelum bergelar anak seni, pernah bergelar pramugari AirAsia pada sesi penerbangan 2003/2004.

Tak kisah dipanggil suara pondan

“Sekali lagi Azizi memilih saya dalam Awan Dania kerana karektor ‘boyish’.

Nampaknya keunikan pada suara saya membuka banyak peluang. Pun begitu, kerana suara yang ‘besar’ juga, saya kadang kalamakan hati. Mana tidaknya, ada rakan yang sering ketawa dan mengejek suara saya macam pondan, macam bapok! Sekali ketawa, ya Allah suara macam jantan!

“Tak nak selalu sangat rasa diri diperkecilkan, saya anggap kata-kata mereka sekadar gurauan. Orang kata, dengan suara pondan ini jugalah saya dapat cari makan dalam bidang seni.

Tapi, saya tidak bermaksud untuk menghina golongan (pondan) itu. Mereka tetap ada keistimewaan tersendiri.

Bersama suara ‘besar’ saya, sekali gus memberi kelainan berbanding suara artis wanita lain.

“Orang nak kata suara pondan ke, macambapok ke, suka hatilah. Yang penting, saya tahu diri saya macam mana. Naluri saya tetap pada seorang lelaki!,” tegasnya lagi.

Bercakap mengenai lelaki, aktor kacak dan pengacara Sehati Berdansa musimkedua (SB2), Fahrin Ahmad kini dilihat seringmendampingi Scha. Dalam kebanyakan majlis hiburan, kelibat Scha dan Fahrin pasti kelihatan. Ada yang mendakwa, kehadiran Scha boleh dianggap sebagai pengubat duka Fahrin yang baru saja putus cinta ‘teman tapi mesra’ bersama pelakon, pengacara dan penyampai popular radio Era, Linda Onn.

Akui serasi bersama Fahrin

“Sebenarnya sebelum bertemu saya, Fahrin sudah ceria. Bagi saya, Fahrin seorang lelaki yang mampu menceriakan hidupnya sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia juga seorang yang kuat dan tabah berdepan dengan dugaan.

“Lagipun, kemunculan saya dalam hidup Fahrin secara kebetulan saja apabila kami sama-sama berlakon drama LemasDalamCinta. Kami sebagai pasa ngan kekasih. Saya dan Fahrin sama sekali tak menyangka, kami masih berkawan dan berhubung hingga hari ini.

“Nak kata berkawan rapat tu rasanya belumlagi kerana sampai hari ini tak pernah wujud perasaan cemburu antara kami, kami bebas berkawan dengan sesiapa saja. Tapi, tak dinafikan, dalam persahabatan antara saya dengan Fahrin, wujud keserasian antara kami yang membolehkan kami mengenali hati budi secara lebih dekat lagi.

“Pun begitu, berilah kami sedikit ruang waktu untukmenjalin persahabatan yang lebih akrab. Kami sentiasa berpijak di bumi nyata dan bersedia berdepan dengan kenyataan. Justeru, dengan kata-kata itu, saya harap orang di luar sana lebih tepat mentafsir persahabatan antara saya dan Fahrin, bagaimana perhubungan kami sebenarnya.

“Saya serahkan soal jodoh pertemuan ini kepada Tuhan. Sesiapa pun jodoh saya, saya reda. Paling penting, lelaki itu jujur, menyayangi dan menerima diri saya seadanya,” kata Scha yang masih sibuk dengan penggambaran Awan Dania di Akademi AirAsia, Sepang, Selangor.

‘Fahrin masih lagi kawan’

Posted in Berita Terkini with tags on Januari 24, 2009 by admin

ARKIB : 18/01/2009

hi_03_1

Scha



Nama Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya kini semakin dikenali. Wajah manis milik anak gadis dari Kedah ini semakin dapat tumpuan.

Selain berlakon filem dan drama, Scha, 26, kini mula mendapat perhatian apabila diberi kepercayaan mengacara program bual bicara secara langsung, Sehati Sejiwa di TV1.

Artis cantik di Malaysia ini tak sah kalau tak terpalit gosip. Ibarat satu asam garam pula tempias gosip kepada artis cantik di negara ini.

Scha digosip sedang menjalin cinta dengan pelakon Fahrin Ahmad. Terbaru ada pula imej Scha bersama kawan perempuan dan seorang lelaki yang aksinya nampak mesra.

Lelaki yang bekerja sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan itu dikatakan kekasih Scha. Benarkah begitu?

Scha sedia menjelaskan perkara itu kepada Pancaindera melalui wartawan ROSLI MANAH. Ikuti pengakuan Scha kepada Pancaindera.

Siapa lelaki dalam gambar yang tersebar di Internet itu?

Itu gambar Scha bersama kawan-kawan. Ya! Scha akui gambar yang diperkatakan itu memang gambar Scha dengan kawan-kawan. Lelaki itu bukan kekasih Scha. Dia kawan Scha sahaja. Benar dia seorang juruterbang.

Bila gambar itu dirakam?

Itu gambar lama… dan kalau gambar baru pun tak ada masalahnya bagi Scha, dia hanya kawan Scha. Scha pun tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar. Agaknya ada orang yang sengaja nak menghangatkan Scha. Bagi Scha benda itu tak ada apa-apa pun dan ia bukanlah gambar dalam kelab. Ia gambar semasa kami keluar makan-makan. Scha tak faham macam mana orang boleh buat tanggapan lelaki itu kekasih Scha, asal tengok gambar sahaja, terus buat tanggapan sebagai pasangan kekasih.

Rasa tercemar dengan gosip?

Semasa mula-mula buat keputusan untuk jadi artis, Scha dah sedia maklum pasal benda-benda ni. Kata orang kalau takut digosip jangan jadi artis, jadi Scha sudah bersedia menerimanya.

Gosip ada kebaikannya bukan?

Bagi Scha ia ada pro dan kontranya. Ada yang lebih ingat Scha apabila ada gosip pasal Scha dengan Fahrin, ada yang membuat pengenalan diri Scha sebagai Scha Fahrin. Ia membantu juga orang ingatkan nama Scha, tapi kalau gosip yang keterlaluan boleh mendatangkan keburukan.

Bagaimana hubungan dengan Fahrin?

Scha dah banyak kali bercakap pasal hubungan Scha dengan Fahrin. Scha tak mahu melukakan hati mana-mana pihak dengan kenyataan Scha. Lagipun Scha takut kalau kenyataan Scha bercanggah pula apabila asyik bercakap pasal perkara itu. Scha masih berkawan dengan Fahrin. Sekarang kira masih dalam peringkat mengenali hati budilah. Kami rapat sebab berlakon bersama dan Fahrin banyak membantu Scha yang masih baru ini.

Scha dah nak masuk usia 26 tahun. Kira dah sesuai untuk kahwin tu?

Scha mahu cari duit dulu, kalau kahwin sekarang kesianlah keluarga Scha di kampung. Tak sempat Scha nak bantu. Scha mahu kerja dululah sebelum fikir ke arah itu.

Apa aktiviti terbaru Scha?

Sekarang Scha jadi pengacara rancangan Sehati Sejiwa di TV1. Ini pengalaman baru Scha dan Scha tak mahu sia-siakan peluang ini. Scha akui Scha seorang yang pendiam sebenarnya, jadi apabila jadi pengacara, Scha kena banyak belajar. Scha ada juga tonton program yang menampilkan pengacara lain untuk membolehkan Scha belajar.

Sekarang Scha tumpukan perhatian kepada program ini kerana Scha mahu menampilkan kemampuan Scha.

Ada minta bantuan Fahrin?

Memang Scha minta pertolongan Fahrin sebab dia sudah banyak pengalaman menjadi pengacara. Untuk episod pertama, Scha memang banyak bertanya Fahrin dan meminta tunjuk ajarnya.

Banyakkah kutip pengalaman artis lain berumahtangga daripada program itu?

Memang Scha banyak belajar daripada pengalaman artis lain yang sudah lalui hidup berumahtangga dan Scha boleh jadikan ilmu apabila Scha sendiri ke alam berumahtangga.

Enggan dikaitkan dengan Fahrin

Posted in Berita Terkini with tags on Januari 24, 2009 by admin

ARKIB : 05/01/2009

 

 

hi_01_1

Scha MAHU DIKENALI KERANA BAKAT BUKAN KISAH PERIBADI



APABILA aktor tampan Fahrin Ahmad dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan aktres muda berbakat besar, Scha, ia sekali gus mencetus perbualan ramai.

Ini kerana, episod panjang kisah cinta Fahrin dengan bekas teman tapi mesranya sebelum ini, Linda Onn sudah berakhir.

Justeru, cinta baru Fahrin ingin diketahui ramai. Apakah wanita baru yang didampinginya kali ini sehebat Linda? Atau mungkin lebih tinggi daripada Linda?

Yang pasti nama Scha tercatat sebagai kekasih baru Fahrin dalam direktori hiburan tanah air.

Identiti wanita yang memiliki nama unik ini sudah diketahui ramai. Dia adalah pelakon yang sedang merangkak membina populariti.

Lakonan terbarunya ialah dalam filem Histeria sementara drama bersiri lakonannya pula ialah Awan Dania yang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Persoalannya sekarang, benarkah Scha buah hati baru Fahrin?

Scha saya temui dalam satu pertemuan yang diatur dengannya baru-baru ini.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir hadir dalam gaya yang cukup sederhana.

Bagai sudah meneka apa yang mahu disoal, Scha terbuka dan cukup diplomasi menjawab setiap pertanyaan Hits.

Perbualan tempoh hari dimulakan Scha dengan meluahkan kegusaran yang bersarang di hatinya mengenai kecenderungan orang ramai bercakap perihal peribadinya berbanding kerjayanya.

“Saya takut disalah anggap sebagai artis yang gemarkan publisiti murah. Secara jujur, saya tidak minat kisah peribadi saya diperdagangkan,” Scha meluah rasa kesal yang sarat ditanggung.

Pada masa yang sama, apa yang turut membuatkan pelakon berusia 25 tahun itu keliru ialah dia dan Fahrin bukanlah pasangan kekasih seperti yang digembar-gemburkan.

Dengan lapang dada dan hati yang terbuka, Scha menjelaskan, dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki tersebut.

Bahkan ujar Scha lagi, ketika ini juga perasaan kasih dan sayang masih belum terbit di hatinya.

Sebaliknya, keinginan Scha buat masa sekarang ialah mahu menjalin hubungan sebagai rakan yang baik dengan Fahrin.

Menurut Scha, andai benar dia dan Fahrin sedang berkasih, perkara itu tidak langsung membebankan fikirannya.

Namun kekesalan yang menghantui fikiran bekas pramugari ini ialah cerita-cerita yang diperkatakan bukanlah kisah benar.

“Saya memang tak bercinta dengan dia (Fahrin), kalau saya bercinta tak mengapa. Saya tak mahu orang kenal saya Scha-Fahrin, sebaliknya biarlah orang kenal saya, Scha Awan Dania.

“Saya lebih selesa begitu kerana saya mahu membina nama saya sendiri,” katanya memohon pengertian semua pihak.

Disebabkan tekanan itu juga, Scha memohon pertimbangan masyarakat agar jangan mudah mendakwa dia cuba meraih publisiti murahan dengan membenarkan gosip berkenaan berleluasa.

“Saya tak pernah rancang untuk jadi macam ini. Saya baru berkawan dengan Fahrin dua tiga bulan lepas macam mana nak bercinta,” katanya penuh tanda tanya.

Sebagai wajah baru dalam industri hiburan tanah air, pelakon yang dilahirkan pada 30 Mei 1983 ini turut menyatakan rasa hairan kenapa perkenalannya dengan Fahrin menjadi tumpuan berbanding hubungan baiknya dengan pelakon lelaki lain.

“Saya juga berkawan baik dengan pelakon lelaki lain tapi tak pula kecoh. Tapi apabila dengan Fahrin ini tiba-tiba jadi perhatian, mungkin sebab dia baru saja putus cinta.

“Di sini juga saya ingin jelaskan, yang saya mengenali dan berkawan dengan Fahrin selepas dia putus cinta bukan semasa dia bercinta. Saya tak mahu orang menyalahkan saya pula nanti,” katanya lagi.

Jika ada yang pernah membaca perjalanan seni Scha, dia merupakan finalis Dewi Remaja 2006 dan perjalanan seninya bermula sekadar suka-suka.

Daripada suka-suka bertukar menjadi minat dan seterusnya kini dia selesa untuk mengekalkan bidang ini sebagai sumber kewangannya.

Menyingkap kisah lalu, dalam nada ceria cerita Scha, dia mula belajar memegang duit sendiri selepas memilih menjadi pramugari.

Selama setahun membina pengalaman di situ, Scha kemudiannya memilih untuk berhenti dan aktif sebagai peragawati sehinggalah menyertai pertandingan Dewi Remaja dan memenangi pertandingan itu.

Bertitik tolak dari situ, Scha mula menerima pelbagai lamaran berlakon antaranya drama Bella yang disiarkan di TV3 diikuti dengan drama Awan Dania serta filem Antoo Fighter dan Histeria.

Scha yang bersinar

Posted in Berita Terkini with tags on Januari 24, 2009 by admin

ARKIB : 21/09/2008

 

 

hi_35_1


MEREKA yang lahir dengan raut wajah menarik dan cantik manis tentunya menjadi impian setiap gadis. Tidak keterlaluan dikatakan pakej yang dimiliki itu menjadi aset penting untuk seseorang bergerak jauh dalam bidang seni.

Gadis yang menghiasi ruangan ini seorang yang beruntung kerana memiliki pakej tersebut apatah lagi niatnya untuk menceburkan diri dalam bidang seni secara serius.

Bergelar pelakon dan model, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau lebih popular dengan nama Scha menganggap dia bertuah kerana dalam tempoh tiga tahun pembabitannya dalam bidang seni, sudah banyak tawaran yang diterimanya.

Bermula sebagai pelakon untuk iklan seperti Oral-B dan Watson, bakat Scha dikembangkan lagi apabila dia mendapat tawaran berlakon drama.

“Sekarang ini drama lakonan Scha iaitu Honeyz (26 episod) sedang ditayangkan di RTM2 pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.

“Scha juga baru habis menjalani penggambaran telefilem Lemas Dalam Cinta untuk siaran di RTM,” ujarnya.

Selain drama itu, dia juga sedang sibuk dengan penggambaran untuk drama 13 episod berjudul Awan Dania yang akan disiarkan di Astro Ria tidak lama lagi. Bukan sahaja drama sebaliknya gadis ini turut diberi tawaran muncul menerusi filem Antoo Fighter terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd yang akan ditayangkan di pawagam pada 13 November depan.

Berkongsi pengalaman berlakon filem itu, kata Acha, dia membawa watak sebagai Lara yang mengisahkan sekumpulan remaja menentang hantu dan jembalang. Filem genre komedi ini arahan Azizi Chunk banyak menggunakan teknik penjanaan komputer (CGI).

Selain Scha, pelakon-pelakon lain termasuklah Radhi OAG, Awie, Bell Ngasri, Bront Palarae dan Harun Salim Bachik.

“Scha juga dah selesai penggambaran filem Histeria terbitan Tayangan Unggul. Filem seram ini arahan James Lee. Selain itu Scha ada berlakon untuk filem Papadom arahan Afdlin Shauki,” katanya.

Sebelum aktif dalam bidang lakonan, Scha merupakan seorang pramugari. Dia mengakui banyak cabarannya menceburi kerjaya yang glamor ini. Namun bagi Scha apa yang dilalui itu adalah sesuatu pengalaman baru buatnya.

Walau bagaimanapun dia tidak menafikan ada keseronokan menceburi dunia baru ini apabila hasil lakonannya itu mendapat perhatian ramai.

“Syoknya apabila ada orang yang minat pada kita. Sebelum ini Scha rasa macam biasa saja. Tapi apabila ada orang yang menegur, kita rasa dihargai,” ujarnya.

Kata beliau, peminat mula mengenalinya sejak dia berlakon drama bersiri Bella siaran TV3 dengan memegang watak Sofia. Dia sendiri pun tidak menyangka, watak Sofia itu dikenali sampai ke luar set.

Mengintai kisah percintaannya pula, cerita Scha, dia pernah putus cinta sebelum ini dan sudah menemui orang baru sejak setahun lalu.

Menyukai jejaka itu kerana dia seorang yang bijak, fizikal tinggi, kelakar serta mempunyai asas agama yang baik antara ciri-ciri yang diidamkan selama ini.

Demi ibu bapa Sharifah sanggup berkorban apa sahaja

Posted in Berita Terkini with tags on Januari 24, 2009 by admin

ARKIB : 27/12/2006

 

 

ke_01_big

BAJU kebaya berpotongan tradisional menyerlahkan kejelitaan Sharifah di hari raya.



“BERKORBAN apa sahaja.., harta ataupun nyawa.., itulah kasih mesra. Sejati dan sejiwa..”

Begitulah indahnya lirik lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ketika menceritakan mengenai kepentingan pengorbanan dari seseorang kepada seseorang yang dikasihi.

Bagi Sharifah Nor Azean Syed Mahadzhir, 23, Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang lima hari lagi telah mengamit kembali ingatannya mengenai pengorbanannya sebelum ini.

Mungkin bagi sesetengah orang, pengorbanannya adalah kecil tetapi bagi gadis manis ini, pengorbanan untuk melupakan impian dan hasrat demi memenuhi hasrat kedua ibu bapa terlebih dahulu adalah suatu yang sangat penting.

Menurut Sharifah, dia sanggup mengorbankan impiannya untuk menyertai dunia pekerjaan demi memenuhi permintaan keluarganya yang inginkan beliau menamatkan pengajian dalam bidang teknologi maklumat terlebih dahulu.

Baginya, inilah pengertian korban yang perlu dilakukannya ketika dia masih remaja dan Sharifah memahami bahawa pengorbanan dalam Islam mempunyai makna yang luas.

“Kalau Hari Raya Aidiladha, kita pasti kaitkan dengan korban binatang seperti lembu tetapi bagi diri saya sendiri, pengorbanan terbesar yang perlu dilakukan ialah memenuhi kehendak ibu bapa dan tidak lupa membalas jasa mereka,” jelasnya.

Menurut Sharifah, meskipun dia tidak dilarang untuk menceburi bidang glamor tetapi bapanya, Syed Mahadzir Syed Kechik yang berketurunan Arab dan ibunya, Junaidah Hashim berketurunan Cina tetap mahukannya mengutamakan pelajaran.

“Abah dan ibu selalu ingatkan saya dan adik-adik, dari segi akademik, kami semua perlu sekurang-kurangnya memiliki diploma.

“Sejak saya kecil hingga dewasa, keluarga yang banyak melakukan pengorbanan dan mendorong saya untuk berjaya dan saya sanggup berkorban apa sahaja untuk mereka,” katanya.

Siapa sangka di sebalik keayuan wajahnya, Sharifah atau lebih senang dengan panggilan Scha sebenarnya pernah menimba pelbagai pengalaman pekerjaan.

Bermula dengan karier pramugari, penolong pengurus jualan di sebuah butik terkenal dan kini berjinak-jinak dalam bidang model.

Namun, di sebalik keberaniannya menyahut cabaran dalam setiap kerjaya yang berbeza, gadis ini tetap mengutamakan keluarga dan pelajaran.

Sharifah juga mengakui, walaupun seseorang tersebut bergelar model, ia tidak harus memberikan tumpuan terhadap soal kecantikan sahaja.

“Sebaliknya seseorang itu perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang sewajarnya. Kecantikan bagi saya, bukannya bergantung kepada kecantikan luaran semata-mata, tetapi kecantikan dalaman yang lebih utama dan ia akan berkekalan,” kata anak kedua daripada empat adik-beradik ini.

Sambil memberikan gaya yang terbaik, Sharifah sempat bercerita tentang keseronokannya menyambut Aidiladha di kampung halamannya, Sungai Petani, Kedah sebelum berpindah ke Kuala Lumpur sejak lima tahun lalu.

“Sejak kecil saya memang rapat dengan keluarga. Setiap tahun saya akan menyambut Aidiladha bersama mereka.

“Walaupun sambutan di Kuala Lumpur agak berbeza, kami sekeluarga tetap menyambutnya bersama walaupun tidak semeriah di kampung.

“Selalunya jika di kampung, aktiviti yang biasa kami lakukan bersama ialah upacara korban, makan bersama-sama dan kadang-kala berjalan di sekitar kampung untuk berhari raya bersama saudara mara dan jiran tetangga,” katanya yang akan menyambut Aidiladha di lokasi pengambaraan tahun ini.

“Namun begitu, pada pagi raya, saya akan terlebih dahulu beraya dengan keluarga dan menikmati hidangan biasa masyarakat Melayu seperti rendang daging, ketupat dan lemang,” jelasnya.

Seperti kebanyakan umat Islam yang lainSharifah yang berhasrat menunaikan ibadat haji satu hari nanti, bercita-cita membantu kedua-dua ibu bapanya menunaikan haji terlebih dahulu.

Berasa dirinya begitu bertuah, Sharifah bersyukur kerana dikurniakan ibu dan bapa yang memahami dirinya dan sentiasa menyokong setiap yang dilakukannya.

Di sebalik kejayaan Sharifah sebagai model sehingga berjaya merangkul gelaran ‘Dewi Remaja 2006’ baru-baru ini, Sharifah sememangnya dilahirkan di kalangan keluarga yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang seni.

Berbekalkan kepada kejayaan yang dikecap oleh ibu dan bapa saudaranya iaitu Datin Sheril Aida dan Syed Sobri, Sharifah menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk turut melangkah ke dalam dunia glamor.

Pun begitu, menurut Sharifah, bukan glamor yang dikejar, sebaliknya dia ingin merasai sendiri pengalaman dunia kerjaya yang mencabar ini.

Lagipun bidang ini juga memerlukan kekuatan untuk membuat persiapan rapi sebab ia semestinya menuntut kekuatan mental dan fizikal.

Bersesuaian dengan hobinya yang gemar melancong, Sahrifah pernah bertugas sebagai pramugari selama hampir setahun.

“Bergelar pramugari memerlukan seseorang itu sabar melayan karenah penumpang. Adatlah, sewaktu mula-mula kerja dulu pelbagai perasaan bermain di dada.

“Takut untuk terbang, kurang yakin ketika berhadapan dengan penumpang pun ada. Tetapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran untuk hasilkan mutu kerja yang lebih baik.

“Berbekalkan pengalaman dalam bidang ini, saya cuba mengorak langkah dalam bidang modeling,” ujarnya yang bercita-cita sebagai pembaca berita.

PROFIL

Nama : Sharifah Nor Azean Syed Mahadzhir

Nama Panggilan : Scha

Tarikh lahir : 30 Mei 1983

Pendidikan : Diploma Teknologi Maklumat, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPTL), Shah Alam, Selangor

Aktiviti sekarang : Model sambilan

Hobi : Melancong, membaca dan berenang model dan filem

Idola : Tun Mahathir Mohamad

Model dan artis kegemaran : Nasha Aziz

Prinsip hidup : Berusaha melakukan sesuatu dengan terbaik tanpa mempedulikan apa kata orang

Impian lima tahun akan datang : Ingin berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.